Wednesday, October 20, 2010

BUAT PANDUAN UNTUK ANAK-ANAK YANG DIKASIHI by Ustaz Abdul Rashid Aziz on Wednesday, 20 October 2010 at 11:56

BERFIKIRLAH TENTANG ALAM DAN BERPANDULAH DGN AL QURAN, PASTI KITA MELIHAT KEBESARAN ALLAH DIMANA2. FIKIR YG TERURUS MEMBAWA ZIKIR. ALLAH ADA MEMBANDINGKAN TABIAT ORANG YG TIDAK BERFIKIR, TIDAK MENDENGAR DAN TIDAK MELIHAT KEBENARAN AL QURAN ITU SEPERTI BINATANG MALAH LEBIH SESAT LAGI (rujuk Al-A,raf....ayat 179) cuba perhatikan watak binatang berikut yg diserap pakai oleh manusia..







Manusia yg bertoping kebinatangan inilah yg merobekkan kehidupan insani kita



1)SERIGALA



Berwatak ganas,kejam,tidak bertimbang rasa dan terlalu mementingkan diri sendiri







2)MUSANG



Suka menipu dan penuh kepura-puraan







3)ZIRAFAH



Berpandangan jauh dan mengambil keputusan setelah mengkaji dari segenap aspek





4)ANJING



Kepatuhan yang membabi buta,mengampu dan menjilat untuk mendapat habuan yang diidam dari tuannya







5)BADAK AIR



Banyak makan,banyak tidur dan tidak hirau alam sekeliling







6)LANDAK



Bersuara dan bertindak sinis apa saja pandangan dan cadangan orang lain tapi tidak mampu buat kerja







7)TIKUS



Berjiwa kecil,penakut dan suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri







8)MONYET



Banyak cakap dan banyak bertindak tapi cakap dan tindakannya memusnah bukan membina







7)KUDA



Ada kekuatan dan kehebatan tapi bodoh lalu diperhambakan orang







10)SINGA



Angkuh dan sombong serta membuat undang2 sendiri untuk memerangkap orang lain







11)KATAk



Suka membenarkan sebarang pendapat tanpa alasan benar atau salah







12)KANCIL



Bijak mencari jalan dan membuat helah sama ada benar atau salah



.....WATAK MANAKAH MIRIP TABIAT ANDA......



12 Karaktor di atas boleh disempurnakan bila berpandukan Al-Quran







BACA,FAHAM DAN HAYATI AL-QURAN

No comments:

Post a Comment