keiko

Tuesday, September 28, 2010

PROFESONALISME GURU TERHAKIS?

1.0 PENGENALAN.
Pada zaman yang kian membangun kini,kita sering dikejutkan dengan permasalahan yang melibatkan institusi pendidikan.ianya lebih menjurus kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar.Ini agak sinonim dengan perkembangan semasa yang kian inginkan pembangunan yang pesat dan lebih di masa yang akan datang.dalam konteks pendidikan akan melibatkan dunia perguruan dan pengajaran,sering dikaitkan apabila masakah timbul.Bukan sahaja pihak guru yang terbabit malah masyarakay juga melibatkan pengurusan di peringkat penradbiran negara. Banyak kes yang dilaporkan mengenai guru dan para pelajar ini,ada yang baik untuk dimanfaati dan ada juga yang buruk harus dijauhi.
Tetapi kebanyakan kes yang dilaporkan kepada pihak media cetak mahupun media elektronih adalah masalan negetif contohnya memukul guru,memancitkan tayar guru, bersikap kuarang ajar terhadap guru dan sebagainya. Tindakan guru atau pihak sekolah yang dikatakan akan merosakkan masa depan pelajar disalah ertikan dan dianggap membebankan dan tidak patut dilakukan,tetapi sebenar serta hakikatnya ianya adalah untuk mendidik anak bangsa kita supaya lebih berdisplin dalam menuntut ilmu.
Ianya sering menjadi tanda tanya kebanyakan pihak iaitu siapa yang betul dan sipa yang salah untuk hukuman tersebut, pihak luar sering memandang remeh perkara tersebut dan menganggap tetap pihak sekolah dan guru yang bersalah dan harus menyelasaikan msalah tersebut sendiri. Mereka tidak sedar bahawa punca berlakunya masalah dan isu tersebut adalah datang daripada diri pelajar itu sendiri dan sikap pelajar itu sendiri yang tidak bersungguh dalam menuntut ilmu.
Kebanyakan pelajar disekolah atau yang pernah mengalami situasi menjadi murid pasti paham dan tahu pengorbanan yang telah dicurahkan kepada murid-murid tersebut.Mereka kadang kala mengambil mudah dengan apa yang diperkatakan oleh warga pendidik ini dan tidak mahu mendengar apa yang baik untuk dijadikan teladan dan panduan.Walaupun guru dibei tanggung jawab yang lain tetapi ianya sering diikuti kerana ingin melihat anak didiknya berjaya bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi baik juga dala pembentukan sahsiah peribadinya.


2.0 PROFESIONALISME GURU TERHAKIS?
Apa yang menjadi persolan kepada kita semua sekarang kenapa ianya boleh terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari?.Semua ini apabila dihat dengan mata kasar adalah sesuatu isu atau permasalahan yang remeh dan tidak meluas.tetapi apabila ianya dikupas dengan lebih mendalam.kita sedar bahwa isu ini amat sentitif kepada warga pendidik terutamanya yang telah lama mencurahkan bakti dalam bidang perguruan ini.
Bagaiman ianya boleh berlaku?kebanyakan masyakat dan orang luar menganggap profesionalisme guru ini hanya terletak pada bakatnya mengajar sahaja,tetapi ianya sememangnya salah dari sudut pandangan warga pendidik.mereka memandang isu ini sebagai satu isu yang harus dibela bagi menaik semula semangat dan martabat mereka sebagai guru.mereka tidak mahu dipandang hina oleh masyarakat dan membiarkan msyarakat sekeling terus menerus menuding jari tehadahap mereka apabila banyak masalah yang berlaku di sekolah,walhal mereka hanya inginkan keadilan yang memihak dan mempertahankan apa yang dirasakan baik untuk anak didik mereka.
Jika dirotan dan dimarahi sedikit kepada pelajar dan diberikan dendaan sedikit terhadap pelajar,mulanya ibu bapa memlenting tidak tentu arah dan terus menerus menyalahkan guru semata-mata. Ini akan meyebabkan imej warga pendidik tercalar dan sekali gus akan menyebabkan jatuhkan tahap profesionalisme perguruan.semua pihak seakan-akan menyalahkan seratus peratus kepada guru jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Pada satu tahap yang membimbangkan,ada pihak ibu bapa yang menyaman guru atas dasar guru tersebut hanya merotan anaknya yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.alasan tersebut dijadikan bahan untuk menyaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya.dimanakah tahap profesionallisme guru tersebut jika hal sekecil ini turut dipertikaikan dengan sedalam-dalamnya?jika ibu bapa terus bersikap begini,maka semua yang baik dan patut dicontohi tidak dapat diterapkan kepada anak- anak murid ini,mereka akan terus membuat kesalahan tanpa ada apa-apa tindakan yang menyebabkan mereka berfikir dengan lebih positif lagi.Ini semua perlu difikirkan dengan lebih mendalam supaya anak didik bangsa tidak leka dimasa hadapan.


3.0 MASYARAKAT MENGANGGAP PROFESONALISME GURU TERHAKIS.
Masyarakat sering menuding jari terhadap institusi pelajaran sebagai satu bahan lontaran kemarahan apabila berlakunya gejala atau masalah yang melibatkan pelajar dan guru.walaupun tidak berkenaan dengan guru tetapi tetap guru yang dipersalahkan.pelajar juga tidak takut terhadap guru dan sering menggunakan guru sebagai bahan untuk permainan dan bahan ejekan mereka. Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamed, mengakui senario masa kini memang berbeza berbanding zaman lampau tetapi menganggap kehadiran guru masih relevan dan dihormati.
Bagaimana ianya boleh terjadi?
Dalam dunia yang serba canggih ini,pelbagai andaian dan alasan yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk mempersalahkan guru.setiap orang yang mempunyai anak yang bersekolah pasti akan mengalami situasi yang sama.tetapi pada zaman dahulu,cara mereka berfikir adalah tidak sama dengan pandangan ibu bapa sekarang.ibu bapa pada masa sekarang kan lebih percaya dan lebih menyelebehi anak-anak mereka daripada guru.mereka terlalu manjakan anak-anak mereka sehingga kesalahan yang sepatutnya diberikan telah diabaikan begitu sahaja.
Masyarakat sekarang guru menganggap guru sekarang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap anak-anak mereka dan tidak berfikir panjang tentang akibat yang bakal diterima sekiranya anak-anak mereka ini dibiarkan.pada masa sekarang juga,ibu bapa lebih mempercayai kata-kata anak mereka daripada guru mereka. Beliau berkata, perubahan dunia mengubah mentaliti dan pendirian ibu bapa terhadap pendidik kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. “Melalui perubahan ini, ibu bapa yang dulunya memberi kepercayaan penuh kepada guru tanpa banyak soal kini sudah semakin bijak bertanya, memerhati dan menilai,” katanya. Menurutnya, kebanyakan ibu bapa terpelajar dan tahu hak masing-masing. Ini adalah pandangan yang dikemukan apabila isu ini ditimbul dalam penulisa da media elektronik.


4.0 KESAN ISU PROFESONALISME GURU TERHAKIS
4.1 KESAN KEPADA PELAJAR.
Kesan yang paling besar yang dapat dikenal pasti untuk pelajar adalah mereka tidak akan dapat membentuk sahsiah diri yang baik dan akan menjejaskan masa depan mereka.mereka tidak akan pandai menguruskan diri mereka dengan sebaiknya dan akan menjadi penyebab utama berlakunya gejala social di negara ini.pelajar yang terbabit dalam perkara ini juga akan menjadi salah satu penyebab berlakunya perkara yang tidak diingini.
Pelajar itu sendiri haruslah sedar bahawa guru yang mendidik mereka hanya inginkan kejayaan yang bagus untuk mereka dan inginkan yang terbaik dalam kehidupan mereka.apabila guru menegur dan menjatuhkan dendaan tersebut tidak bermakna guru tesebut membenci tetapi ingin member pengajaran yang secukupnya kepada mereka.
4.2 KESAN KEPADA GURU.
Seharusnya kita tahu yang menjadi punca semua ini berlaku adalah disebabkan tindakan yang diambil oleh guru. Guru pastinya ingin kerja atau profesionalisme mereka dipanadang tinggi dan ingin menjadikan kerjaya mereka sebagai salah satu profesion yang baik di mata masyarakat. Justeru, apakah kebebasan guru semakin terhakis? Dr Abdul Rashid berkata, pelaksanaan undang-undang tidak bermakna kebebasan guru tersekat. “Yang penting bagaimana guru boleh memberi komitmen tinggi pada tanggungjawab. Contohnya, jika ada pelajar tidak boleh bergiat aktif dalam kokurikulum, adakah perlu dipaksa atau guru ambil pendekatan sendiri mengatasinya.
Masyarakat seharusnya tidak menyalahkan guru semata-mata tetapi mengambil kira semua segi,ibu bapa seharusnya bertanya tentang kesalahan yang anak-anak mereka lakukan dan kemudian hendaklah bertanya tentang tindakan yang apa yang patut diberikan jika kesalahan tersebut berat.ini akan memudahkan lagi masalah yang timbul.guru juga akan berasa tertekan dengan masalah yang terjadi kepada mereka dan berasa tidak akan selesa dengan profesion guru tersebut,tetapi sebaliknya bagi guru yang telah berpengalaman,mereka tidak akan mengambil ianya sebgai satu tindakan malahan sebagai satu cabaran yang harus dihadapi untuk menempuh hidup sebagai seorang guru.
4.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT.
Masyarakat disekeliling akan memandang serong dengan isu ini da sekaligus akan meyalahkan guru semata-mata dan tidak berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang dirasai oleh guru tersebut.masyarakat setempat juga akan melabelkan guru sebagai profesion yang tidak patut diktiraf dan ianya akan menjejaskan repotasi seseoarang guru. masyarakat juga tidak akan mendapat manfaat sekiranya terus menerus manyalahkan guru sahaja,tetapi hanya mendapat nama buruk disamping membuang masa.
5.0 MARTABATKAN PROFESIONALISME PERGURUAN.
Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana aktiviti memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia.Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan adalah dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dititikberatkan bagi memastikan profesionalisme seorang guru cemerlang
Manakala bagi menjayakan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu:
• Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru
• Memantapkan mekanisme unjuran guru
• Menambahbaik sistem maklumat guru




Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia boleh memantapkan usaha memartabatkan profesion perguruan .Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan menyelesaikan urusan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru. Namun, walau apapun usaha kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus menonjolkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan .
Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang.semua harus bekerjasama untuk membangunkan profesionalisme perguruan ini.
6.0 CARA-CARA UNTUK MEMPERTINGKATKAN PROFESIONALISME PERGURUAN.

6.1 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan hanya mengajar atau mendidik pelajar, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat semua keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang diperlakukan.
Perubahan atau pindaan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.
6.2 Mahir Menggunakan IT
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju.
Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut..
6.3 Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak mulia.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyiapkan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan.
Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. terdapat pelbagai nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

KESIMPULAN.
Profesonalisme perguruan haruslah dimartabatkan sebagai satu profesion yang mengagumkan dalam Negara ini.ianya haruslah menjadi salah satu peranan penting dalam menjayakan peranan sekolah. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat,ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.
Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai.
Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.maka,marilah bersama –sama kita memartabatkan profesion ini supaya ianya tidak terus terkubur.








Profesionalisme guru terhakis?



Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tidak pernah mempertikaikan hukuman dan didikan guru pada masa itu.
Cuma, ibu bapa berpesan, jika guru memukul atau merotan anak mereka, jangan sampai patah tangan atau patah riuk. Bagaimanapun, lihat dilema guru hari ini. Kebanyakannya berpendidikan tinggi tetapi masyarakat kurang menghormati mereka. Jika seorang pendidik memukul, merotan atau mendenda anak mereka, ibu bapa pasti bersemuka dengan guru terbabit dan menengking bagaimana boleh bertindak kasar. Tidak cukup dengan itu, ada ibu bapa mengambil tindakan menyaman guru sehingga timbul konfl ik di antara ibu bapa dan guru.
Pelajar pula tidak takut dengan guru. Ada guru dipukul pelajar, kenderaan mereka dirosakkan atau tayar dipancitkan. Justeru, di mana sanjungan dan penghormatan terhadap guru? Apakah guru kini sudah hilang taraf profesionalisme dan kebebasan mencorakkan hala tuju pendidikan kepada anak bangsa? Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamed, mengakui senario masa kini memang berbeza berbanding zaman lampau tetapi menganggap kehadiran guru masih relevan dan dihormati.
Beliau berkata, perubahan dunia mengubah mentaliti dan pendirian ibu bapa terhadap pendidik kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. “Melalui perubahan ini, ibu bapa yang dulunya memberi kepercayaan penuh kepada guru tanpa banyak soal kini sudah semakin bijak bertanya, memerhati dan menilai,” katanya. Menurutnya, kebanyakan ibu bapa terpelajar dan tahu hak masing-masing.
“Bagaimanapun, itu bukan faktor ibu bapa memandang rendah golongan dan kerjaya guru, cuma mereka mahukan yang terbaik.
“Saya kurang bersetuju jika dikatakan ibu bapa sekarang sudah tidak hormat guru,” katanya.
Ditanya sama ada guru masa kini tidak berkualiti sehingga mencabar rasa hormat ibu bapa, beliau berkata, itu tidak benar kerana penilaian bersifat subjektif dan hanya mereka yang ‘bermasalah’ memberi dan mencetuskan tanggapan itu. Menurutnya, ibu bapa dan guru ibarat aur dengan tebing kerana kedua-duanya saling memerlukan.
“Saya tidak tahu bagaimana wujud tanggapan guru masa kini dikatakan tidak berkualiti, tiada produktiviti malah semakin berani mencabar ibu bapa. “Keadaan ini sangat merugikan kerana bakal mengundang rasa tidak puas hati kedua-dua pihak hingga menjejaskan kepentingan pelajar.
“Persengketaan di antara guru dan ibu bapa boleh menjejaskan proses pembelajaran,” katanya. Beliau berkata, apabila wujud konfl ik, kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelak menjadi bertambah buruk.
“Jangan ambil tindakan menyalah atau menyelar mana-mana pihak tanpa perbincangan. “Ibu bapa terlalu memberi tanggungjawab yang besar kepada guru dan apabila berlaku sesuatu, mereka terus menunding jari kepada golongan itu padahal ia patut dibawa berbincang.
“Ibu bapa perlu faham, guru mempunyai banyak tanggungjawab. Jika diasak bertubi-tubi dengan permintaan ‘bukanbukan’ pasti ia meninggalkan tekanan dan hilang kesabaran. “Keadaan berbeza dengan ibu bapa zaman dahulu. Mereka memberi kebebasan kepada guru mencorakkan pendidikan anak mereka. Mereka tidak campur tangan,” katanya.
Justeru, apakah kebebasan guru semakin terhakis? Dr Abdul Rashid berkata, pelaksanaan undang-undang tidak bermakna kebebasan guru tersekat. “Yang penting bagaimana guru boleh memberi komitmen tinggi pada tanggungjawab. Contohnya, jika ada pelajar tidak boleh bergiat aktif dalam kokurikulum, adakah perlu dipaksa atau guru ambil pendekatan sendiri mengatasinya.
“Guru perlu menggunakan ilmu bagi mengawal situasi dengan tenang, bersikap terbuka dan profesional. “Ibu bapa jika tidak berpuas hati dengan guru perlu menggunakan saluran betul seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bukan menyerang membabi buta.
“Malangnya, ramai menganggap fungsi PIBG tidak penting sedangkan ia platform terbaik menemukan masyarakat dengan sekolah,” katanya. Beliau berharap ibu bapa jangan lepas tangan dan mengharapkan guru menjaga semua keperluan serta kebajikan pelajar. “Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab lebih berat kerana mereka mendidik bukannya menternak anakanak,” katanya.

No comments:

Post a Comment