keiko

Tuesday, September 28, 2010

kemahiran penyoalan (pengajian mikro)

1.0 Pengenalan

Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Kini, pengajaran mikro dijalankan di institusi –institusi latihan guru sama ada di universiti atau maktab perguruan sebagai latihan dan persediaan menghadapi suasana pengajaran sebenar di sekolah. Ia merupakan suatu bentuk simulasi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai bakal guru, guru pelatih perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran. Kemahiran mengajar menjadikan perkara yang penting bagi seseorang bakal guru. Justeru itu, pengajaran mikro menjadi elemen penting dalam memberi latihan kepada bakal guru dalam bentuk latihan praktis bersama rakan-rakan sebelum melangkah ke bilik darjah sebenar.
Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya mengajar dalam situasi yang terkawal ( Allen dan Eve,1968). Cooper dan Allen (1971) pula mendefinikan pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4 hingga 20 minit dengan 3 hingga 10 pelajar. Paintal (1980) pula menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan yang sangat diperlukan dengan 6 hingga 10 pelajar mengambil masa 5 hingga 10 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Saiz kelas dikecilkan kepada 6 hingga 10 orang. Secara idealnya murid-murid sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik tempat pengajaran mikro dijalankan. Namun, kekangan dan masalah yang timbul menyebabkan guru pelatih atau rakan sebaya bertindak sebagai murid.
Semasa sesuatu sesi pengajaran mikro, biasanya hanya satu kemahiran mengajar sahaja yang difokuskan. Antara kemahiran-kemahiran yang menjadi focus dalam pengajaran mikro ialah kemahiran memulakan pengajaran (set induksi), kemahiran menyoal, menerang, kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran variasi rangsangan dan banyak lagi. Penyelia atau pensyarah dan rakan-rakan akan memerhati dan menilai pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih. Semasa pengajaran dibuat rakaman video akan dibuat.


2.0 Kemahiran penyoalan
Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. Hamparir semua proses P&P melibatkan penggunaan teknik menyoal. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan unuk membantu pelajar mengingat kembali pengetahuan lepas. Seterusnya dalam peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu sirih soalan untuk membinbing pelajar menemui kesimpulan.

3.0 Panduan penggunaan kemahiran penyoalan
Untik menggunakan kemahiran penyyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pegajarab, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

3.1 Pembenbentukan soalan.
Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. Contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah. Guru haruslah merancang jenis-jenis solalan yang berkaiatan sebelaum aktiviti pengajaran dimulakan. Contoh soalan betul atau salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuai dengan kanak-kanak prasekolah.
Seterusnya, perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai di gunakan seperti rumusan, tafsirankan, buat hipotesis dan sebagainya. Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa, dan lain-lain lagi. Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. Elakan dari soalan yang mengandungi jawapan sendiri. Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.



3.2 teknik mengemukakan soalan
Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan, gur haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab. Tajuk soalan kepada seluruh kelas dab bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.
Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberikan oleh seorang pelajar, guru boleh memenggil seorang pelajar lain. Seterusnya mengulang jawapan pelajar disamping itu juga, untuk menarik minat perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas di dengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru.
3.3 penerimaan jawapan pelajar.
Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik. Elakan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan pelajar yang diberikan oleh pelajar. Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu. Jika pelajar itu kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh member member maklumat kepada jawapannya. Selain itu, jika pelajar tidak boleh menjawab, guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Guru hendaklah melarang pelajar lain memberi jawapan secara beramai-ramai. Member jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. Elakkan diri dari pada mengejek pelajar yang member jawapan salah atau jawapan bersifat kurang baik. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusha dan mencuba menjawab soalan guru.
4.0 objektif penyoalan
Menguji pengatahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada hari tersebut dan juga mendapatkan pengalaman sedian ada mereka. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala dan menggalakan mereka terlibat secara langsung dalam P&P. seterusnya membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesikan sesuatu masalah kompleks. Guru sebagi pembimbing bukan memberi jawapan. Oleh itu, menarik perhatian pelajar supaya menumpuhkan perhatian kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Keran mereka akan ditanya selepas sesuatu aktiviti.
Seterusnya, menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses p&p pada hari itu. Selain itu, membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan. Menjalinkan hubungan hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal jawab. Kanak-kanak tidak akan menggangap guru sebagai orang asing. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran. Ini dapat menimbulkan minat dan rasa ingin tau pelajar dengan mengemukakan soalan yang mencabar serta dapat mengembangkan kognitif mereka dan mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang serta melibatkan pelajar secara aktif dalm aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru member contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham tentang apa yang di ajar oleh guru.
5.0 kesan kemhiran penyoalan kepada P&P
Melalui aktiviti soal jawab, pelajar-pelajar akan melibatkan diri secara aktf dalam aktiviti pembelajaran mereka. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertamabh dan mendorong mereka member perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat belajar lebih menyeluruh dan berkesan.
Seterusnya, daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi. Dengan soalan mengujinpengetahuan lepasa pelajar, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikut pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. Selain itu soalan yang digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolekan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pemyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep-konsep yang baru di pelajari.
6.0 Penyoalan dalam P&P
Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksiantara guru dan murid serta murid dan murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.
Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan
menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

6.1 teknik penyoalan
Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.
Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan. Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan,perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.


6.2 Peringkat Permulaan Pembelajaran
Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.


6.3 Peringkat Perkembangan Pembelajaran
Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

6.4 Peringkat Penutup
Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara menyeluruh. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan sepertiyang berikut:
i. a.guru mengemukakan soalan kepada murid
ii. guru memberi masa untuk murid menjawab
iii. guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas
iv. guru boleh memanggil murid tertentu menjawab
v. guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan
vi. jawapan murid tersebut kepada murid lain.
vii. Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.
viii. Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan
ix. jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang
x. lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Beri
xi. pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang
xii. memerlukan `pemikiran’.
xiii. Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah.
xiv. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.





i.Soalan Menumpu
Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri.Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.•Contoh:
1. Nyatakan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning?
2. Namakan 3 tokoh yang terlibat di dalam penentangan Dol Said di Naning?
3. Perihalkan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning
4. Terangkan bagaimana British boleh memenangi peperangan kali kedua ke atas Naning?


ii. Soalan Mencapah

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Contoh Mengapakah pada awal kebangkitan menentang penjajah tidak ramai orang menyertai penentangan tersebut? Ceritakan apa akan berlaku jika penentangan berlaku serentak di seluruh Negeri-Negeri melayu Bersekutu?Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada kebangkitan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.









Kesimpulan

Untuk menjalankan sesustu sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat boleh memilih salah satu daripada kemahiran-kamahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persedian mengajar berdasarkan prinsip objektif dan kompenen-kompenen kemahirannya berdasarkan kesesuaian masa bagi sesuatu kemahiran. Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan memuji,menggalak dan bukan lisan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Dengan latihan pengajaran mikro yang terancang, kemahiran-kemahiran asas di atas dapat dihayati dan dikuasai oleh guru. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dapat diaplikasikan semasa pengajaran di dalam bilik darjah sebenar.


Dalam bidang pendidikan kemahiran pengajaran dan pembelajaran merupakan kekuatan dan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu. Seringkali dikaitkan guru yang tidak efektif kerana penyampaian pengajaran dan pembelajarannya tidak difahami dan tidak menarik minat pelajar. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada ilmu guru,gaya penyampaian dan teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Untuk memperolehi kecekapan dalam pengajaran makro seseorang bakal guru itu perlu melalui prosidur latihan untuk memudahkan bakal guru menghadapi situasi sebenar di sekolah. Maka disarankan setiap bakal guru memahirkan diri dalam pengajaran mikro. Oleh itu, sebagai guru pelatih semua kemahiran-kemahiran ini perlu diketahui dan dipraktikkan supaya apabila berda di kelas yang sebenar, tidak akan mempunyai masalah untuk melakukannya. Selain itu, pelaksanaannya juga mestilah mengikut peringkat yang telah ditetapkan untuk memudahkan pelaksanaan pengajaran mikro.






Rujukan
Modul Konsep Pengajaran Mikro Hj Daut Yusup, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Bahasa. Unisel, 2010
Pedagogi Shahabuddin Hasim
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran
mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik
darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.






1 comment: